[Tutorial Step by Step] Cara Buat Sticker Label DIY Dengan Modal RM2.10 Sahaja!

Kebanyakan ibu bapa yang beli sticker cantik-cantik dengan nama untuk tampalkan pada buku sekolah dan alat tulis anak-anak, tapi harganya bukan murah!

Sebenarnya, anda boleh buat sticker label sendiri dengan cara yang mudah sahaja! Seorang netizen, Ezzaty Liyana telah buat perkongsian menerusi Facebook, cara buat sticker label custom dengan menggunakan sticker yang dibeli dari Eco Shop dengan harga RM2.10 sahaja.

Bermodalkan RM2.10 ~ sepeket ada 15 sheets. 15 x 55 pcs sticker per sheet dapat dlm 800+ pcs.

Berikut merupakan tutorial step by step untuk buat sticker label custom, boleh try sendiri di rumah!

Langkah 1: Buka Microsoft Word

Langkah 2: Klik “MAILING” dan “LABELS”.

Langkah 3: Kemudian, klik “OPTIONS”.

Langkah 4: Pilih “NEW LABEL”.

Langkah 5: Namakan template sticker korang.

Langkah 6: Tukar page size to “CUSTOM”.

Langkah 7: Page width & page height tu ukuran kertas sticker korang. Make sure ukur dengan pembaris.

Ukuran dr hujung kertas ke hujung kertas

Langkah 8: Kira bacaan top margin & side margin. Kalau boleh, jangan bundarkan. Biar je 0.25cm camtu. Jangan bundar kepada 0.3cm. Margin akan lari nanti.

Cara ukur top and side margin boleh refer kat gambar dan arrow.

Langkah 9: Masukkan label height and width. Ukuran label ni adalah ukuran sticker korang.

Tengok dalam kotak putih tu dan refer anak panah cara untuk ukur.

Langkah 10: Vertical pitch and horizontal pitch ni agak mengelirukan sikit. Hati hati!

Vert ~ ukuran dr mula sticker atas hingga mula sticker bawah.

Hor ~ ukuran dr mula sticker kiri hingga mula sticker kanan.

Rujuk anak panah untuk lebih jelas.

Langkah 11: Number across & down ni paling penting supaya jarak sticker korang tak lari. Kena kira betul².

Num across ~ jumlah sticker dr kiri ke kanan
Num down ~ jumlah sticker dr atas ke bawah

Langkah 12: Lepas dah siap masukkan ukuran, klik OK.

Langkah 13: Ruangan address tu, taip apa yang korang nak print kat sticker tu.

Langkah 14: Kalau nak tukar tulisan atau size, right click je.

Langkah 15: Pastikan korang pilih “FULL PAGE…”

Langkah 16: Print!

Kredit: Ezzaty Liyana

✅ Promosi Lazada Terkini: [Klik Sini]

✅ Promosi Shopee Terkini: [Klik Sini]

✅ Join Kami Di Telegram: [Klik Sini]