7 Fungsi praktikal Gmail! Ketahui cara-cara pengurusan e-mel yang cekap!

Dalam era ini, hampir semua orang mempunyai e-mel. Golongan yang paling umum menggunakannya adalah golongan pekerja pejabat yang menggunakannya dalam rutin harian mereka, seperti membaca dan menulis emel, menerima dan menghantar fail penting dan sebagainya.

Golongan pelajar juga sering mengunakan emel untuk menyerah laporan, kertas projek atau thesis mereka.

Tidak kira sama ada anda menggunakan Gmail atau tidak, 7 fungsi praktikal Gmail berikut perlu diketahui!

1. Fungsi “Recall” e-mel
Anda mungkin tidak tahu bahawa Gmail juga mempunyai fungsi “recall”! Sekiranya anda tersilap hantar e-mel / tiada dokumen dilampirkan setelah e-mel tersebut dihantar , anda boleh “recall” emel itu dalam masa yang ditetapkan!

Cara: Tekan “Settings”, cari “Undo Send”, dan pilih masa pembatalan penghantaran yang diinginkan (sama ada 5 saat, 10 saat, 20 saat atau 30 saat).

2. Tangguhkan penerimaan e-mel
Sekiranya anda tidak mahu / tidak selesa untuk menerima surat semasa percutian, anda boleh menghidupkan fungsi “Vacation responder”.

Cara: Tekan “Settings”, cari “Vacation responder” dan isikan kandungan e-mel yang ingin disampaikan dan tarikh akhir percutian.

3. “Unsubscribe” e-mel
Adakan anda sentiasa menerima e-mel langganan dari pelbagai laman web setelah mengisi maklumat peribadi anda? Buka e-mel dari pengirim yang anda ingin “unsubscribe” dan klik “unsubscribe” di sebelah nama orang itu.

Sekiranya anda tidak melihat pilihan ini, anda juga boleh tekan tiga butang di sebelah kanan e-mel tersebut dan pilih “report as spam”.

4. E-mel Mod Sulit
E-mel yang menggunakan mod sulit akan memastikan bahawa e-mel tidak dapat “forward”, “copy”, dimuat turun dan dicetak. Pengirim juga boleh menetapkan tarikh luput e-mel tersebut dan penerima hanya dapat membaca kandungan e-mel sebelum tarikh luput.

Cara: Dalam e-mel yang hendak dikarang, klik butang “hidupkan/ matikan mod sulit” di bahagian bawah e-mel tersebut sebelum menghantar e-mel itu.

5. Memberi kebenaran kepada orang lain untuk menguruskan e-mel

Apabila anda tidak mempunyai masa untuk mengurus e-mel, anda boleh memberi kebenaran kepada rakan sekerja anda untuk membantu anda membaca dan membalas e-mel penting.

Cara: Tekan “Settings”, cari “Akaun dan Import” di barisan atas, dalam pilihan “Benarkan akses ke akaun anda”, tambahkan akaun pengguna lain yang anda hendak beri kuasa . Pengguna yang diberi kuasa hanya boleh membaca, menghapus dan membalas e-mel. Pengguna yang diberi kuasa tidak boleh mengubah “Settings” dan kata laluan akaun anda.

6. Empat butang pada menu utama

Terdapat empat butang fungsi di sebelah kanan menu utama, iaitu “Google Calendar”, “Keep”, “Tasks” dan “Contacts”.

Sebagai tambahan kepada keempat-empat butang ini, klik pada [+] di bawah untuk menambah alat lain, seperti ZOOM, Evernote dan Dropbox.

7. Versi luar talian Gmail
Adakah anda menghadapi masalah membaca/ mencari e-mel pada saat-saat genting? Contohnya anda perlu mencari e-mel yang berkaitan tetapi rangkaian tidak stabil? Atau anda hendak membaca e-mel dalam telefon bimbit? Versi luar talian Gmail dapat digunakan untuk menyelesaikan masalah anda. Pengguna boleh melayari e-mel, mencari dokumen dan mengarang draf surat di luar talian.

Cara: Tekan “Settings”, cari “Luar Talian” di barisan atas, dan mengaktifkan e-mel luar talian.

✅ Promosi Lazada Terkini: [Klik Sini]

✅ Promosi Shopee Terkini: [Klik Sini]

✅ Join Kami Di Telegram: [Klik Sini]