【Kadar Cukai Pendapatan】Berapa cukai pendapatan yang perlu anda bayar pada tahun 2021? kira sebelum isi e-Filing!

Menurut kenyataan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM), sistem e-Filing boleh diakses mulai 1 Mac ini, pembayar cukai boleh mengemukakan Borang Nyata tahun taksiran 2020 melalui e-Filing.

Tahukah anda? Sekiranya anda menetap di Malaysia melebihi 182 hari dan berpendapatan, anda diwajibkan untuk melaporkan pendapatan anda. Bagi mereka yang keliru tentang pengiraan cukai pendapatan, jangan risau.

Anda boleh mengira berapa cukai pendapatan yang perlu anda bayar dengan menggunakan cara di bawah.

[Pengiraan Cukai Pendapatan]

Secara ringkas, pengiraannya adalah seperti berikut:

Cukai Pendapatan yang Perlu Dibayar = (Jumlah Pendapatan – Potongan Pelepasan Cukai) x Kadar Cukai Pendapatan

*Bagi mereka yang mempunyai jumlah pendapatan yang kurang daripada RM 35000 akan mendapat rebat sebanyak RM 400.

▼ Contoh 1:

✅ Jumlah Pendapatan selepas Potongan Pelepasan Cukai = RM 28000

Cukai Pendapatan yang Perlu Dibayar

= RM 5000 pertama (Kadar Cukai 0%) + RM 15,000 (Kadar Cukai 1%) + RM 8000 (Kadar Cukai 3%)
= RM 150 + RM 240
= RM 390

▼ Contoh 2:

✅ Jumlah Pendapatan selepas Potongan Pelepasan Cukai = RM 38000

Cukai Pendapatan yang Perlu Dibayar

= RM 5000 pertama (Kadar Cukai 0%) + RM 15,000 (Kadar Cukai 1%) + RM 15,000 (Kadar Cukai 3%) + RM 3000 (Kadar Cukai 8%)
= RM 150 + RM 450 + RM 240
= RM 840

Kadar Cukai Tahun Taksiran 2020

✅ Promosi Lazada Terkini: [Klik Sini]

✅ Promosi Shopee Terkini: [Klik Sini]

✅ Join Kami Di Telegram: [Klik Sini]