Panduan Isi Borang Cukai Pendapatan (e-BE) Versi Tahun 2021 Melalui e-filing

Pembayar cukai boleh mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) Tahun Taksiran 2020 melalui e-Filing mulai 1 Mac 2021.

Tarikh akhir untuk penghantaran Borang E adalah 31 Mac 2021; Borang BE adalah 30 April 2021; manakala Borang B dan P pula adalah 30 Jun 2021.

Tarikh akhir untuk penghantaran Borang BT, M, MT, TP, TF dan TJ adalah pada 30 April 2021 untuk pembayar cukai yang tidak menjalankan perniagaan, dan 30 Jun 2021 untuk pembayar cukai yang menjalani perniagaan.

[Tarikh Akhir Pengemukaan Borang Nyata Bagi Tahun 2021]

Semua pembayar cukai dikehendaki untuk mengemukakan borang nyata tahun taksiran 2020 mulai 1 Mac ini. Berikut merupakan tarikh akhir untuk pengemukaan borang nyata:

  • Form E – Majikan (Penyata bagi Tahun Saraan 2020) – Sebelum 31 Mac 2021
  • Form BE – Individu pemastautin yang tidak menjalankan perniagaan – Sebelum 30 April 2021
  • Form B – Individu pemastautin yang menjalankan perniagaan – Sebelum 30 Jun 2021
  • Form P – Perkongsian – Sebelum 30 Jun 2021

* Pembayar cukai yang menggunakan e-Filing boleh menikmati tempoh tambahan selama 15 hari

[Kadar Cukai Pendapatan]

[Panduan Isi Borang e-BE Tahun 2021]

Langkah 1: Melayari https://ez.hasil.gov.my/CI/

Langkah 2: Masukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan untuk log masuk ke akaun anda.

Langkah 3: Pilih “e-Filing”, kemudian klik “e-BE Tahun Taksiran 2020”.

Langkah 4: Pilih “Tahun Taksiran 2020”.

Langkah 5: Semak dan isi profil individu.

Langkah 6: Isi profil lain.

Langkah 7: Masukkan maklumat pendapatan berkanun dan jumlah pendapatan tahun 2020 berdasarkan EA Form.

Langkah 8: Semak Potongan Cukai Bulanan (PCB / CP500).

Langkah 9: Masukkan maklumat pelepasan cukai.

Langkah 10: Semak semula semua maklumat di paparan “Rumusan”.

Langkah 11: Klik “Tandatangan & hantar”.

Langkah 12: Klik “Cetak slip” untuk simpanan anda.

✅ Promosi Lazada Terkini: [Klik Sini]

✅ Promosi Shopee Terkini: [Klik Sini]

✅ Join Kami Di Telegram: [Klik Sini]