Kumpulkan Scoop Susu Untuk Menebus Tepung Susu, Tupperware, Thermos, Voucher AEON, TESCO, Popular dan sebagainya

Berita baik untuk ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang minum susu formula Pediasure, Similac, Isomil, atau ada family member yang minum susu Ensure dan Glucerna! Anda boleh tebus tepung susu baru atau barangan lain dengan menggunakan scoop susu tersebut melalui Kempen Share & Care World oleh Abbott.

Untuk makluman semua, setiap scoop susu mewakili 10 mata (1 scoop = 10 points), dan pastikan scoop yang anda kumpulkan adalah berwarna biru dan mempunyai perkataan “ABBOTT” pada batang scoop.

Selain daripada scoop susu Pediasure, antara scoop susu lain yang layak dalam kempen tersebut termasuklah Similac Mom, Similac Gain Plus Gold, Similac Gain Kid Gold, Isomil Plus, Similac Total Comfort, Ensure dan Glucerna.

Kredit: Carousell

Tunggu apa lagi? Jom lihat cara untuk membuat penebusan dengan menggunakan scoop susu ini!

[Cara Menebus Menggunakan Scoop Susu Abbott]

Langkah 1: Kumpulkan scoop susu Abbott (1 scoop = 10 points)

Langkah 2: Potongkan bahagian batang scoop yang mempunyai logo Abbott.

Langkah 3: Muat turun dan cetak borang penebusan [KLIK SINI], kemudian lengkapkan borang

🔻 Borang Penebusan

Langkah 4: Pastikan bilangan batang scoop adalah betul dan sertakan bersama borang penebusan dalam sampul surat

Langkah 5: Hantar menggunakan Registered Mail ke alamat seperti di bawah

Senangkan? Hanya beberapa langkah sahaja, anda boleh menebus pelbagai jenis produk seperti tepung susu , tupperware, thermos, ataupun voucher AEON yang bernilai RM100, voucher Popular, Tesco dan sebagainya! Mulai hari ini, kumpulkanlah scoop susu sebanyak yang mampu!

Berikut merupakan catalogue Kempen Share & Care World untuk tahun 2021 di mana anda boleh memilih produk yang ingin ditebus:

✅ Promosi Lazada Terkini: [Klik Sini]

✅ Promosi Shopee Terkini: [Klik Sini]

✅ Join Kami Di Telegram: [Klik Sini]