Terbaru! Bacakan Kod 6 Digit Semasa Menerima Parcel Dari Pos Laju!

Perhatian untuk semua! Menurut POS Malaysia, POS akan melancarkan perkhidmatan penghantaran parcel secara Contactless.

Sebelum membuat penghantaran parcel, Pos Malaysia akan memberikan notis kepada penerima parcel melalui SMS pada hari tersebut, disertakan bersama kod 6 digit.

Apabila posmen tiba, penerima parcel dikehendaki untuk membacakan kod 6 digit yang terdapat dalam SMS untuk menerima parcel. Penerima tidak perlu menulis nombor kad pengenalan dan tandatangan seperti dahulu.

Sekiranya perlu bantuan daripada ahli keluarga atau kawan untuk menerima parcel, anda hanya perlu memberikan kod 6 digit kepada mereka.

POS Malaysia melancarkan langkah baru ini untuk mengurangkan kontak rapat antara posmen dengan penerima parcel, bagi mengurangkan penyebaran COVID-19.

✅ Promosi Lazada Terkini: [Klik Sini]

✅ Promosi Shopee Terkini: [Klik Sini]

✅ Join Kami Di Telegram: [Klik Sini]