Buka akaun simpanan SSPN-i PLUS secara online! Nikmati 11 faedah & pelepasan cukai sehingga RM8000!

Sebagai tambahan kepada akaun simpanan umum (SSPN-i), Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) juga mempunyai versi pakej simpanan yang ditambahbaik daripada SSPN-i yang sedia ada, iaitu SSPN-i plus, di mana anda boleh mendapatkan 11 faedah eksklusif dengan minimum RM1 sehari, termasuk pelepasan taksiran cukai sehingga RM8000 setahun.

[11 faedah eksklusif SSPN-i plus]

  1. Pelepasan taksiran cukai sehingga RM8,000.
  2. Komitmen serendah RM30 sebulan.
  3. Manfaat perlindungan sehingga RM1,000,000.
  4. Tidak perlu Pemeriksaan Kesihatan.
  5. Dividen yang menarik.
  6. Manfaat takaful bagi 36 penyakit kritikal.
  7. Elaun kemasukan hospital.
  8. Simpanan dijamin 100% oleh kerajaan.
  9. Perlindungan 24 jam di seluruh dunia.
  10. Khairat kematian termasuk pasangan dan sehingga 3 orang anak.
  11. Layak untuk memohon pinjaman dari Tabung Pengajian Tinggi.

[Cara membuka akaun simpanan SSPN-i PLUS untuk anak anda secara online]

Langkah 1: Layari https://www.ptptn.gov.my/sspniplusonline/

Langkah 2: Klik “Pembukaan Akaun”

Langkah 3: Pilih pakej simpanan (contoh: INTAN-RM30)

Langkah 4: Isi maklumat akaun

Langkah 5: Isikan maklumat Pendeposit dan Anak

-Maklumat Pendeposit

-Maklumat Anak

Langkah 6: Anda boleh memilih pelbagai saluran dan kemudahan yang disediakan untuk Deposit Bulanan, sama ada potongan gaji, auto debit, direct debit, atau perbankan internet.

Langkah 7: Pilih bank, bayar yuran pendaftaran akaun simpanan, dan pendaftaran selesai.

✅ Promosi Lazada Terkini: [Klik Sini]

✅ Promosi Shopee Terkini: [Klik Sini]

✅ Join Kami Di Telegram: [Klik Sini]