Langkah 1: Masukkan [192.168.0.1] atau [192.168.1.1] di ruangan carian Google Chrome / FireFox untuk log masuk ke WiFi Router
Langkah 2: Semak Username dan Password di WiFi Router (Sekiranya carian gagal, boleh cuba [Username: admin/ Password: admin]).
Langkah 3: Selepas berjaya log masuk, paparan seperti di bawah akan keluar. Pilih “Wireless Clients” untuk semak siapa yang sedang connect Wifi anda.
Paparan akan menunjukkan berapa pengguna yang sedang connect WiFi anda.
Langkah 4: Klik “Advanced”, pilih “Parental Control”.
Langkah 5: Klik “Enable”. Kemudian, klik “Add New”, pilih Mac Address pengguna yang ingin diblock dalam “Mac Address of Children’s Pc”, pastikan “Effective Time” adalah [Anytime], Status “Disabled”.
Dengan cara ini, pengguna tersebut tidak dapat lagi connect WiFi anda!
⚠️ Perhatian: WiFi Router yang berbeza mungkin mempunyai paparan yang berbeza, tetapi cara operasi mungkin sama.